Tambah Kursus
Dalam MUDEER anda perlu mewujudkan Course (Kursus) sebelum boleh membuka kelas. Kursus digunakan untuk menyusun kelas-kelas yang anda jalankan.
Terdapat dua jenis kursus dalam MUDEER:
- Individu - seorang guru mengajar seorang pelajar seperti personal coaching dan kelas mengaji one-to-one.
- Berkumplan - seorang guru mengajar ramai pelajar.
Kursus Individu
Section titled “Kursus Individu”Untuk membuka kursus individu, tekan menu Courses, kemudian klik NEW → Individual di bahagian atas kanan.

Masukkan nama kursus.
Di bahagian Fee Settings, masukkan yuran untuk kursus tersebut. Jika yuran adalah secara bulanan, tandakan Every month.
Kemudian masukkan hari bulan yang anda ingin invois dikeluarkan dan juga untuk bulan mana. Setiap bulan, sistem akan menjana invois dan hantarkannya kepada pelajar (atau parents) mengikut tetapan anda.
Yuran Sekali Sahaja
Section titled “Yuran Sekali Sahaja”Untuk yuran kursus “sekali sahaja”, seperti seminar atau bengkel, pastikan Every month tidak ditandakan.
Invois tidak akan dijana secara automatik setiap bulan.

Yuran Belajar Dulu Baru Bayar
Section titled “Yuran Belajar Dulu Baru Bayar”MUDEER membenarkan anda mengenakan yuran secara “belajar dulu, baru bayar”.
Contohnya, jika yuran pelajar adalah RM25 untuk setiap sesi kelas, anda boleh tandakan Prorate, kemudian masukkan nilai 25 dan pilih per session.
Katalah pada bulan lepas Januari, tutor telah merekodkan 3 sesi kelas. Pada 1 hari bulan Februari (bulan berikutnya), sistem akan mengeluarkan invois dengan caj RM75 kerana hanya 3 sesi direkodkan pada bulan lepas.

Caj Yuran Selesai Pendaftaran
Section titled “Caj Yuran Selesai Pendaftaran”Untuk mengeluarkan invois pertama sebaik sahaja pelajar mendaftar melalui borang pendaftaran online, tandakan Charge on registration. Pelajar akan dibawa kepada paparan invois sebaik sahaja selesai pendaftaran.
Tetapan Kelas
Section titled “Tetapan Kelas”Di bahagian Class Settings, anda boleh tetapkan:
- Teaching Mode - sama ada online atau offline.
- Session / month - jumlah sesi atau tempoh minima yang tutor perlu buat setiap bulan.
- Session Duration - tempoh biasa satu sesi.

Ruangan Session Duration adalah untuk membantu tutor mengenal pasti tempoh bagi setiap sesi kelas yang perlu mereka jalankan.

Masukkan keterangan tentang kursus tersebut di ruangan Description. Ruangan ini tidak wajib dan boleh dibiarkan kosong.
Customer Instructions Template pula adalah untuk anda mendapatkan maklumat tambahan daripada pelajar.

Template yang anda masukkan akan terpapar dalam borang pendaftaran online.
Borang pendaftaran online.
Untuk menyelaraskan format laporan tutor, anda boleh tetapkan format tersebut dalam ruangan Session Notes Template.
Ruangan Notes akan diisi dengan template ini setiap kali tutor memulakan sesi kelas.

Menghadkan Sesi Tutor Setiap Bulan
Section titled “Menghadkan Sesi Tutor Setiap Bulan”Anda boleh menghadkan jumlah sesi atau tempoh masa yang tutor boleh rekodkan dalam sebulan supaya tidak melebihi bilangan atau tempoh yang telah ditetapkan.
Pergi ke Settings (atas-kanan).
Di bahagian Classes, tandakan Limit Monthly Sessions. MUDEER akan menghalang tutor daripada memulakan sesi baru jika jumlah atau tempoh sesi yang ditetapkan pada Class Settings telah tercapai.

Kursus Berkumpulan
Section titled “Kursus Berkumpulan”Sebelum anda boleh membuka kelas berkumpulan, anda perlu mewujudkan kursus berkumpulan.
Pergi ke Courses dan klik NEW → Group.

Tetapan untuk kursus berkumpulan sama seperti kursus individu. Anda boleh rujuk panduan kursus individu.
Buka Kelas Berkumpulan
Section titled “Buka Kelas Berkumpulan”Selesai mewujudkan kursus berkumpulan, anda boleh membuka kelas. Anda boleh tetapkan tutor yang mengajar dan daftarkan pelajar ke dalam kelas tersebut.
Di paparan kursus berkenaan, pergi ke tab Groups dan klik NEW GROUP.

Masukkan nama kelas di ruangan Name. Secara lalai nama kelas akan diambil daripada nama kursus diikuti nama bulan depan (contoh: Jun 2026).

Di ruangan Teacher anda boleh tetapkan tutor yang akan mengajar kelas ini.
Anda boleh tetapkan kadar elaun tutor di ruangan Allowance Rate. MUDEER akan membantu anda kira elaun tutor setiap bulan. Tutor hanya perlu merekodkan setiap sesi yang mereka jalankan.
Elaun bulanan tutor boleh ditetapkan mengikut:
- Jam (per hour) - jumlah jam bagi semua sesi yang dijalankan
- Sesi (per session) - bilangan sesi yang dijalankan
- Bulanan (monthly) - amaun tetap, tak kira berapa jumlah jam atau sesi dijalankan.
Contohnya, jika anda bayar tutor RM20 sejam, anda boleh masukkan 20 dan pilih per hour. MUDEER akan mengira elaun tutor setiap bulan berdasarkan sesi yang tutor rekodkan dalam sistem.

Link ke Group WhatsApp / Telegram
Section titled “Link ke Group WhatsApp / Telegram”Jika anda wujudkan Telegram atau WhatsApp group untuk setiap kelas, anda boleh masukkan link ke group di ruangan WhatsApp / Telegram Group Link. Maklumat ini akan memudahkan anda mencapai group tersebut.

Tangguh Yuran Automatik
Section titled “Tangguh Yuran Automatik”Untuk penjanaan invois yuran kelas automatik, anda boleh tandakan Hold Billing.
Anda boleh juga tetapkan sehingga bila anda ingin penjanaan yuran ditangguhkan. Penjanaan invois automatik untuk kelas tersebut akan kembali aktif selepas tarikh yang anda tetapkan itu.

Penetapan Jadual Kelas
Section titled “Penetapan Jadual Kelas”Jadual mingguan kelas boleh dimasukkan di bahagian Schedules.
Contohnya, jika kelas tersebut dijalankan setiap hari Selasa pukul 7-8 malam, anda boleh klik Add pada Tuesday dan masukkan 7 PM sebagai masa mula dan 8 PM sebagai masa tamat.
