Import Data Pelajar
Anda boleh import data pelajar sedia ada ke dalam MUDEER dengan memuat naik file Excel dalam format yang ditetapkan.
Contoh format Excel boleh dimuat turun melalui menu Students → Import → Upload.

Klik Template untuk memuat turun salinan template tersebut.

Berikut adalah medan yang ada dalam template tersebut:
- name (wajib) - Nama pelajar.
- sponsor - Nama ibu bapa. Boleh dibiarkan kosong. Nama ini akan terpapar pada setiap invois.
- phone (wajib) - Nombor telefon untuk penghantaran notifikasi.
- email - Alamat emel untuk penghantaran notifikasi. Tidak wajib.
- address - Alamat rumah atau surat menyurat. Tidak wajib.
- ic_number - No. Kad Pengenalan pelajar atau ibu bapa. Nilai phone akan diambil sekiranya nilai ini dikosongkan.
- fee_rate - Kadar yuran bulanan. Jika maklumat ini dibiarkan kosong, yuran pelajar akan mengikut yuran course.
- prorate - Yuran mengikut sesi atau jam bagi course yang ditetapkan sebagai prorate. Boleh dibiarkan kosong.
- outstanding - Baki hutang pelajar. Boleh dibiarkan kosong.
- teacher_name - Untuk pelajar kelas individu sahaja. Nama tutor yang mengajar.
- teacher_phone - No. Telefon tutor yang mengajar.
- teacher_ic_number - No. Kad Pengenalan tutor. Akan digunakan sebagai katalaluan untuk tutor log masuk.
- teacher_email - Alamat emel tutor. Untuk log masuk dan penghantaran notifikasi.
Bila file Excel siap diisi, pada paparan Import Students, tekan Browse dan pilih file Excel tersebut.

Tandakan kelas pelajar. Jika kelas belum ditentukan, tandakan Not in any class.

Jika Charge Course Fees ditandakan, invois pertama akan dijana untuk setiap pelajar dalam senarai tersebut.

Klik Continue.
Anda akan nampak senarai pelajar yang terkandung dalam file Excel yang dimuat naik. Tekan Import untuk mendaftarkan semua pelajar.
