Panduan Tutor
Panduan Tutor
Section titled “Panduan Tutor”Sebagai tutor, anda boleh log masuk ke sistem MUDEER di app.mudeer.my menggunakan emel dan nombor kad pengenalan sebagai password.

Dashboard anda akan memaparkan kelas-kelas anda. Anda boleh membuat carian pelajar melalui ruangan Search Student.


Sesi Kelas Individu
Section titled “Sesi Kelas Individu”Untuk merekodkan sesi kelas individu, di dashboard, klik nama pelajar berkenaan.

Kemudian klik Start Session.

Masukkan tempoh sesi di ruangan Duration dan klik Start. Jika tempoh sesi belum ditentukan, anda boleh biarkan ruangan Duration kosong.

Di paparan seterusnya, anda akan lihat timer baki masa untuk sesi tersebut.
Anda boleh masukkan ulasan atau komen untuk sesi tersebut di ruangan Notes. Ulasan ini boleh dibaca oleh pelajar dan boleh dikemaskini pada bila-bila masa - anda tak perlu isi serta merta.

Untuk melihat dan mengemaskini sesi yang lepas, anda boleh klik semula pada pelajar berkenaan di dashboard dan klik pada sesi yang anda ingin kemaskini.

Anda boleh juga batalkan sesi yang telah anda wujudkan dengan menekan butang Delete.

Sesi Kelas Berkumpulan
Section titled “Sesi Kelas Berkumpulan”Untuk merekodkan sesi kelas berkumpulan pula, anda boleh klik kelas berkenaan pada dashboard.

Kemudian klik Start Session. Masukkan tempoh sesi di ruangan Duration dan klik Start.

Senarai nama pelajar dalam kelas tersebut akan terpapar untuk anda tandakan kehadiran.

Ulasan untuk pelajar secara individu boleh dimasukkan di ruangan Notes di sebelah nama pelajar. Ulasan ini hanya boleh dibaca oleh pelajar itu sahaja.

Ruangan Notes di bahagian bawah senarai pelajar adalah untuk keseluruhan kelas dan boleh dibaca oleh semua pelajar.
Elaun Mengajar
Section titled “Elaun Mengajar”Di menu Allowance, anda boleh lihat senarai kelas dan elaun untuk setiap kelas mengikut bulan.

Jika bayaran telah dibuat, anda boleh mencapai slip pembayaran dengan menekan Payslip.

Tekan butang Print di bahagian atas kanan untuk mencetak payslip tersebut.

Maklum Balas Pelajar
Section titled “Maklum Balas Pelajar”Maklum balas pelajar boleh disemak di menu Reviews. Di sini boleh lihat semua rating dan komen pelajar (atau ibu bapa).
