Penetapan Tutor
Dalam MUDEER anda boleh tetapkan tutor untuk pelajar individu dan kelas berkumpulan.
Tutor Individu
Section titled “Tutor Individu”Untuk mengemaskini tutor pelajar individu, anda boleh buat carian pelajar berkenaan melalui kotak carian di bahagian atas kanan.
Kemudian klik pada nama pelajar berkenaan.

Pergi ke tab Enrollments dan klik pada pendaftaran yang ingin dikemaskini.

Klik More → Edit Class.

Kemaskini tutor mengajar di ruangan Teacher.

Anda boleh juga tetapkan kadar elaun tutor untuk pelajar tersebut di ruangan Allowance Rate.

Kadar Elaun Tutor
Section titled “Kadar Elaun Tutor”Di sini juga boleh tetapkan kadar elaun tutor. MUDEER akan membantu anda kira elaun tutor setiap bulan. Tutor hanya perlu merekodkan setiap sesi yang mereka jalankan.
- Jam (per hour) - jumlah jam bagi semua sesi yang dijalankan
- Sesi (per session) - bilangan sesi yang dijalankan
- Bulanan (monthly) - amaun tetap, tak kira berapa jumlah jam atau sesi dijalankan.
Contohnya, jika anda bayar tutor RM20 sejam, anda boleh masukkan 20 dan pilih per hour. MUDEER akan mengira elaun tutor setiap bulan berdasarkan sesi yang tutor rekodkan dalam sistem.
Tutor Kelas Berkumpulan
Section titled “Tutor Kelas Berkumpulan”Untuk mengemaskini tutor kelas berkumpulan, pergi ke Courses dan klik kelas yang ingin dikemaskini.

Klik Edit.

Kemaskini tutor di ruangan Teacher. Anda boleh juga kemaskini kadar elaun tutor di ruangan Allowance Rate.
