Skip to content

Panduan Pelanggan

Panduan ini menerangkan cara untuk anda:

  1. Bayar yuran
  2. Semak laporan tutor dan
  3. Semak sejarah pembayaran

Setiap bulan anda akan terima email dengan link kepada invois yuran.

Anda boleh klik VIEW INVOICE dalam email tersebut untuk melihat invois berkenaan. Di sini anda boleh lihat amaun yang perlu dibayar.

Jumlah keseluruhan tunggakan anda akan terpapar di bahagian bawah invois (tulisan kuning).

Jika ada butang PAY NOW, anda boleh tekan untuk terus membuat pembayaran.

Anda akan dibawa ke laman bank untuk langkah seterusnya. Resit akan dikeluarkan sebaik sahaja pembayaran anda berjaya.

Jika tiada butang PAY NOW, anda boleh memuat naik bukti pembayaran dengan menekan butang Upload Receipt di bahagian bawah invois.

Klik Browse, pilih file, masukkan amaun pembayaran dan tekan Save.

Bukti pembayaran anda telah berjaya dimuat naik. Admin akan semak dan sahkan pembayaran anda. Resit akan dihantar sebaik sahaja admin mengesahkan pembayaran anda.

Dalam invois ni juga, anda boleh melilihathat laporan yang tutor masukkan dengan menekan Teacher’s Report di bahagian bawah invois.

image.png

Di sini anda boleh lihat bila sesi kelas dijalankan dan juga ulasan tutor untuk sesi tersebut.

Untuk melihat sejarah pembayaran anda, klik pada Payment History di bahagian bawah invois.

image.png

Di sini terdapat dia column:

  1. Amount dan
  2. Balance - tunggakan semasa.

Amount yang berwarna hitam adalah nilai invois. Anda boleh klik link pada Description untuk melihat invois berkenaan.

Amount yang berwarna hijau pula adalah amaun pembayaran. Anda boleh klik link pada Description untuk melihat resit pembayaran tersebut.

Dalam resit ini juga anda boleh rate dan review tutor yang mengajar. Klik pada nama tutor di bahagian hijau di atas resit dan masukkan rating serta komen anda (jika ada).

Jika anda tidak menerima emel, anda boleh log masuk ke portal pelanggan untuk menyemak dan membuat pembayaran yuran.

Pergi ke app.mudeer.my/customer.

Masukkan nombor telefon anda di ruangan Phone Number dan tekan Send OTP. Anda akan menerima kod 6 angka melalui SMS.

Masukkan kod 6 angka tersebut ke dalam ruangan One-Time Password dan tekan Log In.

Anda akan sampai ke dashboard.

Di sini anda boleh lihat semua pendaftaran kelas anda. Klik pada pendaftaran untuk melihat laporan tutor berkenaan.

Anda boleh klik Home di bahagian atas kiri untuk kembali ke dashboard.

image.png