Skip to content

Payslip Tutor

Dalam MUDEER anda boleh jana payslip untuk pembayaran elaun tutor. Ada dua cara untuk anda jana payslip dalam MUDEER:

  1. Melalui laporan Allowances
  2. Penjanaan secara pukal

Pertama adalah melalui laporan Reports → Allowances. Di sini anda boleh semak setiap kelas yang tutor buat pada bulan tersebut sebelum menjana payslip.

image.png

Bila anda dah berpuas hati dengan sesi yang tutor jalankan, boleh tekan PAYSLIP untuk menjana payslip untuk tutor tersebut.

image.png

Kemudian anda boleh tekan PAYSLIP untuk melihat payslip yang dijana.

image.png

Satu lagi cara untuk jana payslip adalah melalui menu Teachers → Payslips.

image.png

Di sini anda boleh tekan Generate untuk menjana payslip bagi semua tutor yang mengajar pada bulan tersebut.

image.png

Anda boleh tekan Generate New untuk menjana payslip bagi tutor yang masih tiada payslip bulan tersebut (contohnya bagi tutor yang merekodkan sesi selepas payslip lain dijana). Payslip yang telah dijana sebelum ini tidak akan terganggu.

image.png

Jika anda ingin menjana semula semua payslip, termasuk yang telah dijana sebelum ini, boleh tekan Regenerate All. MUDEER akan menjana semula semua payslip berdasarkan data terkini dalam laporan Reports → Allowances.

Anda boleh klik pada nama tutor untuk melihat butiran payslip.

image.png

Anda boleh tekan ADD PAYMENT untuk menambah pembayaran lain ke dalam payslip berkenaan. Contoh: Bonus Tutor Terbaik 2026.

Masukkan keterangan pembayaran dan amaun kemudian tekan Save.

image.png

Anda juga boleh mengemaskini mana-mana pembayaran dalam payslip tersebut dengan menekan pada pembayaran berkenaan.

image.png

Jika amaun pada payslip tidak sama dengan amaun elaun, amaun elaun yang sebenar akan terpapar sebagai petunjuk.

image.png

Setelah anda membuat pembayaran kepada tutor, anda boleh menekan butang Mark Paid untuk menandakan bahawa elaun tutor telah dibayar. Tutor akan mendapat notifikasi bahawa pembayaran elaun telah dibuat dan mereka boleh muat turun slip berkenaan.

image.png

Anda sebagai admin juga boleh melihat salinan payslip yang tutor terima melalui menu More → View Payslip.

image.png

Anda boleh menjana semula payslip tersebut melalui menu More → Regenerate. Manakala untuk menghapuskan payslip, klik More → Delete.

image.png

Untuk melihat kelas yang berkaitan dengan elaun, anda boleh klik pada maklumat kadar elaun di bawah keterangan pembayaran.

image.png